Fasa 1
Fasa 1 Untuk Project Reflection
Terbentuknya kumpulan ini bermula daripada kelas Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan di bawah kelolaan Dr Nur Ain Binti Redzali dimulakan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana kami ditentukan dalam kumpulan 5 Inovasi. Ianya terdiri saya, Mohd Badruddin, Hanif, dan Syahirah. Kami memilih tajuk Kit E-TA iaitu pembelajaran tayammum secara enternet dan mutimedia. Idea ini diberikan oleh saya kerana pengalaman saya sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dalam matapelajaran pendidikan islam, yang mana kebetulan juga saya mengajarkan tajuk tayammum kepada anak pelajar tingkatan 2. Pemilihan tajuk ini berdasarkan pengalaman saya sebagai guru melihat tajuk tayammum ini perlu diajar dengan lebih kreatif dan inovasi kepada anak pelajar supaya kefahaman dan amali mereka lebih mantap, serta membantu sekolah mengikut arus semasa.
Comments
Post a Comment