Fasa 2

Fasa 2: Learning Reflection 

  Apa yang dapat saya pelajari dalam menjalankan projek Kit E-Ta ini ialah semangat kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya iaitu Syahirah dan Hanif. Kami bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini di setiap hari, malah tidak kira siang atau malam. Kesungguhan kami dapat dilihat apabila, Syahirah dan Hanif bukan sahaja mencari idea melalui buku teks semata-mata, malah mereka sanggup mencari idea dan kreativiti terkini melalui laman sesawang enternet seperti Google dan juga Youtube.

  Selain itu, berdasarkan pengalaman dan latarbelakang saya sebagai guru ganti di SMK Ayer Hitam memberi nilai tambah dalam penghasilan projek Kit E-Ta tesebut. Yang mana saya turut berusaha menjalankan kajian terhadap tahap minat dan kecenderungan murid 2 Dedikasi, malah tidak itu sahaja, saya juga turut bertanyakan guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang terhadap tahap penguasaan mereka dan kecenderungan mereka dalam menjalankan kajian tindakan saya serta menjalankan projek Kit E-Ta supaya ianya dijalankan dengan jayanya.

  Seterusnya saya dapati penggunaan gambar dan video bukan sahaja menjadikan Kit E-Ta nampak menarik, bahkan ianya terbukti dapat meningkatkan perhatian murid dalam sesi pembelajaran berdasarkan artikle dan kajian yang saya temui sebelum ini.

  Selain itu, pemilihan dan penggunaan video nyanyian dalam pembelajaran bukan sahaja menarik minat, bahkan dapat membuatkan murid mengingati pelajaran tayamum tersebut. Ini terbukti apabila terdapat artikle yang berdasarkan kisah benar yang bertajuk "The Ron Clark Story". Ron seorang guru di Amerika Syarikat terbukti menjadikan pembelajaran menggunakan nyanyian dalam meningkatkan ingatan muridnya dalam menghafal pelajaran.

  Akhir sekali, walaupun Kit E-Ta kami ini nampak seperti mudah, namun ianya perlu kepada kerjasama dan usaha dari semua pihak dalam menjayakannya. Terutamanya terima kasih kami ucapankan kepada DR Nur Ain Binti Redzali dalam membimbing dan menjayakan Kit E-Ta ini kearah lebih cemerlang dalam menarik minat murid tingkatan 2.


Penulis menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam untuk mendapatkan data dan maklumat



Comments

Popular posts from this blog

Fasa 1