Fasa 2

 Fasa 2: Project Reflection


   Projek ini bermula dengan jayanya apabila kerjasama diantara ahli kumpulan kami (kumpulan 5) diberikan tumpuan sepenuhnya. Ianya bermula apabila saya mendapati murid tingkatan 2 Dedikasi menghadapi masalah dalam mempelajari tajuk tayammum. Kemudian saya mencadangkan  kepada ahli kumpulan saya supaya menjalankan satu projek pembelajaran dengan menggunakan kaedah intervensi multimedia dalam pembelajaran dalam menarik minat murid 2 Dedikasi dalam pelajaran. Alat tersebut dipanggil dengan nama Kit E-Ta.

  Hanif mencadangkan supaya pembelajaran didalam Kit E-Ta dijalankan tanpa menggunakan buku teks, malah  pembelajaran seperti pembacaan dan tontonan menggunakan paparan skrin "slide' menggunakan Power Point. Manakala saya pula mencari isi kandungan yang terdapat dalam tajuk tayammum tingkatan 2 Pendidikan islam. Manakala Syahirah pula menambah cadangan supaya penggunaan gambar serta video amali diletakkan didalam pembelajaran diletakkan didalam "slide" tersebut supaya Kit E-Ta nampak lebih menarik.  


  Seterusnya kami menambah video amali tayammum berlagu yang mana video amali tesebut menggunakan kaedah nyanyian terkini dalam menarik minat dan menguatkan ingatan murid. Selain itu, Hanif pula menambah aktiviti soal jawab bersama murid dengan menggunakan aplikasi Kahoot dan Quizizz. Aplikasi tersebut diyakini dapat menambah perhatian dan keseronokan murid apabila pembelajaran tersebut membuatkan murid terpaksa mengimbas kod QR dan menjawab segala persoalan didalam laman sesawang tersebut.

   

Proses Penghasilan Projek Inovasi Kit E-Ta

Klik sini untuk ke Homepage 


Comments

Popular posts from this blog

Fasa 1

Fasa 2