Fasa 3
Fasa 3 project reflection
Fasa yang terakhir ialah fasa yang ketiga iaitu perlaksaan Kit E-Ta tersebut. Murid tingaktan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dipaparkan dengan produk silde interaktif power point kami. Pertamanya kami memulakan dengan pemasangan projector dan juga pembesar suara untuk memperlihatkan kepada murid tingkatan 2 semua tayangan gambar, video dan kuiz atas talian.
Projek Kit E-Ta ini ditayangkan di hadapan para murid yang mana bilangannya ialah 20 orang. Kemudian para murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mana terdiri daripada bagi setiap kumpulan tersebut seramai 4 orang. Setiap murid diberi peluang untuk menggunakan Kit E-Ta tersebut iaitu tayangan slide interaktif yang mana ianya dimuatan didalam sebuah komputer riba milik guru.
Seterusnya, para murid diminta untuk mencuba menjawab soalan kuiz diatas talian yang disediakan melalui kod QR. Kemudian, kami menjalankan kajian selanjutnya iaitu menemu bual para murid untuk mendapat maklum balas penguasaan murid dalam inovasi yang dijalankan oleh kami.
Comments
Post a Comment