Fasa 3
Fasa 3: Learning Reflection
Fasa yang terakhir bagi kami iaitu fasa perlaksanaan yang mana tidak mudah bagi kami dalam menyampaikan hasrat pembelajaran dalam menggunakan inovasi Kit E-Ta. Ini kerana terdapat sebilangan yang amat teruja dalam pembelajaran cara baharu ini. Disamping itu pula, terdapat sebilangan murid yang tidak celik teknologi berdasarkan faktor latarbelakang mereka yang tidak terbiasa dalam penggunaan alat teknologi. Maka kami meletakkan beberapa garis panduan bagi para murid antaranya mereka perlu beratur dan menunggu giliran setiap kumpulan supaya setiap murid berpeluang menggunakan inovasi Kit E-Ta tersebut.
Para murid memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan pembelajaran tersebut. Setiap murid lebih seronok dengan kewujudan kuiz diatas talian yang diberikan kepada mereka. Bukan itu saja, tahap keperihatinan mereka ketika sesi pembelajaran dapat dilihat apabila semua murid diam dan memaklum balas setiap arahan dan dan soalan yang diajukan oleh kami.
Akhir sekali, setiap guru perlulah lebih kreatif dalam menarik minat murid pada masa kini dengan menggunakan kaedah intervensi yang terkini seperti inovasi Kit E-Ta. Malah setiap guru perlu bersabar dalam mendidik murid dengan kerenah mereka yang pelbagai.
Comments
Post a Comment