Posts

Fasa 3

Image
 Fasa 3: Learning Reflection   Fasa yang terakhir bagi kami iaitu fasa perlaksanaan yang mana tidak mudah bagi kami dalam menyampaikan hasrat pembelajaran dalam menggunakan inovasi Kit E-Ta. Ini kerana terdapat sebilangan yang amat teruja dalam pembelajaran cara baharu ini. Disamping itu pula, terdapat sebilangan murid yang tidak celik teknologi berdasarkan faktor latarbelakang mereka yang tidak terbiasa dalam penggunaan alat teknologi. Maka kami meletakkan beberapa garis panduan bagi para murid antaranya mereka perlu beratur dan menunggu giliran setiap kumpulan supaya setiap murid berpeluang menggunakan inovasi Kit E-Ta tersebut.   Para murid memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan pembelajaran tersebut. Setiap murid lebih seronok dengan kewujudan kuiz diatas talian yang diberikan kepada mereka. Bukan itu saja, tahap keperihatinan mereka ketika sesi pembelajaran dapat dilihat apabila semua murid diam dan memaklum balas setiap arahan dan dan soalan yang diajukan oleh kami.   Akhir

Fasa 2

Image
Fasa 2: Learning Reflection    Apa yang dapat saya pelajari dalam menjalankan projek Kit E-Ta ini ialah semangat kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya iaitu Syahirah dan Hanif. Kami bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini di setiap hari, malah tidak kira siang atau malam. Kesungguhan kami dapat dilihat apabila, Syahirah dan Hanif bukan sahaja mencari idea melalui buku teks semata-mata, malah mereka sanggup mencari idea dan kreativiti terkini melalui laman sesawang enternet seperti Google dan juga Youtube.   Selain itu, berdasarkan pengalaman dan latarbelakang saya sebagai guru ganti di SMK Ayer Hitam memberi nilai tambah dalam penghasilan projek Kit E-Ta tesebut. Yang mana saya turut berusaha menjalankan kajian terhadap tahap minat dan kecenderungan murid 2 Dedikasi, malah tidak itu sahaja, saya juga turut bertanyakan guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang terhadap tahap penguasaan mereka dan kecenderungan mereka dalam menjalankan kajian tindakan saya serta menjalanka

Fasa 1

Image
 Fasa 1 Learning Reflection   Apa yang saya pelajari bersama rakan-rakan terutamanya dari kumpulan saya, saya dapati kerjasama didalam kumpulan saya sangat memberasangkan. Semangat kerjasama sangat diperlukan dalam menjayakan sesuatu kerja kumpulan. Seterusnya sifat keterbukaan mereka dalam menerima idea saya dalam menggunakan tajuk Kit E-Ta ini sebagai medium pembelajaran tajuk tayammum untuk anak pelajar tingkatan dua. Sifat tolak ansur sangat saya hargai yang diberikan oleh Hanif dan Syahirah dalam menjayakan tugasan ini apabila mereka sanggup meluangkan masa membantu saya dalam melaksakan tugasan tidak kira siang dan malam. Akhir sekali, tidak saya lupakan kepada Dr. Nur Ain Binti Redzali yang mengajar saya dalam matapelajaran Teknologi Dan Inovasi yang sanggup mencurahkan ilmu beliau kepada kami pelajar diploma pendidikan. Gambar SMK Ayer Hitam, Ayer Hitam, Kedah Klik disini untuk ke Homepage

Fasa 3

Image
 Fasa 3 project reflection   Fasa yang terakhir ialah fasa yang ketiga iaitu perlaksaan Kit E-Ta tersebut. Murid tingaktan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dipaparkan dengan produk silde interaktif power point kami. Pertamanya kami memulakan dengan pemasangan projector dan juga pembesar suara untuk memperlihatkan kepada murid tingkatan 2 semua tayangan gambar, video dan kuiz atas talian.   Projek Kit E-Ta ini ditayangkan di hadapan para murid yang mana bilangannya ialah 20 orang. Kemudian para murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mana terdiri daripada bagi setiap kumpulan tersebut seramai 4 orang. Setiap murid diberi peluang untuk menggunakan Kit E-Ta tersebut iaitu tayangan slide interaktif yang mana ianya dimuatan didalam sebuah komputer riba milik guru.    Seterusnya, para murid diminta untuk mencuba menjawab soalan kuiz diatas talian yang disediakan melalui kod QR. Kemudian, kami menjalankan kajian selanjutnya iaitu menemu bual para murid untuk mendapat maklum balas pen

Fasa 2

Image
 Fasa 2: Project Reflection    Projek ini bermula dengan jayanya apabila kerjasama diantara ahli kumpulan kami (kumpulan 5) diberikan tumpuan sepenuhnya. Ianya bermula apabila saya mendapati murid tingkatan 2 Dedikasi menghadapi masalah dalam mempelajari tajuk tayammum. Kemudian saya mencadangkan  kepada ahli kumpulan saya supaya menjalankan satu projek pembelajaran dengan menggunakan kaedah intervensi multimedia dalam pembelajaran dalam menarik minat murid 2 Dedikasi dalam pelajaran. Alat tersebut dipanggil dengan nama Kit E-Ta.   Hanif mencadangkan supaya pembelajaran didalam Kit E-Ta dijalankan tanpa menggunakan buku teks, malah  pembelajaran seperti pembacaan dan tontonan menggunakan paparan skrin "slide' menggunakan Power Point. Manakala saya pula mencari isi kandungan yang terdapat dalam tajuk tayammum tingkatan 2 Pendidikan islam. Manakala Syahirah pula menambah cadangan supaya penggunaan gambar serta video amali diletakkan didalam pembelajaran diletakkan didalam "

Fasa 1

Image
 Fasa 1 Untuk Project Reflection   Terbentuknya kumpulan ini bermula daripada kelas Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan di bawah kelolaan Dr Nur Ain Binti Redzali dimulakan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana kami ditentukan dalam kumpulan 5 Inovasi. Ianya terdiri saya, Mohd Badruddin, Hanif, dan Syahirah. Kami memilih tajuk Kit E-TA iaitu pembelajaran tayammum secara enternet dan mutimedia. Idea ini diberikan oleh saya kerana pengalaman saya sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dalam matapelajaran pendidikan islam, yang mana kebetulan juga saya mengajarkan tajuk tayammum kepada anak pelajar tingkatan 2. Pemilihan tajuk ini berdasarkan pengalaman saya sebagai guru melihat tajuk tayammum ini perlu diajar dengan lebih kreatif dan inovasi kepada anak pelajar supaya kefahaman dan amali mereka lebih mantap, serta membantu sekolah mengikut arus semasa. Gambar Bersama Anak Pelajar Tingkatan 2 Dedikasi Klik disini untuk ke Homepage